5) DIY MEMASANG TILE VINYL



Hari ni aku di ofis agak bosan dan mamandangkan kerja aku tak beberapa banyak, Aku pun Google untuk apa-apa perkara yang menarik.. Time google plak teringat kat rumah apa yang best untuk di deko untuk bagi menarik..

Terpikir nak pasang Vinl kat rumah, tapi takut-takut pula kos yang agak tinggi.. So, bermulalah pencarian untuk DIY untuk pemasangan sendiri..

Aku kagum dengan brother ni cerita cara dia memasang Vinl di rumah beliau.. 

Dalam ni aku sharekan semua yang dia ceritakan dan gambar-gambar dan Video dlm ni juga aku ambil terus dari link tu untuk share kepada korang semua...

terima kasih kepada brother LAN CARENO sebab pada aku ni adalah salah satu ilmu yang berguna juga pada aku..


Untuk jimat kos, kami pasang sendiri lantai jenis vinyl seluruh rumah.



Macam tak percaya aku dengan Miss Permaisuri pasang sendiri lantai vinyl seluruh rumah. Kitorang bukan jenis yang ada kemahiran bab bertukang. Jujur cakap, aku bukan jenis orang yang pandai buat kerja-kerja macam ni.
Aku dengan Miss Permaisuri memang memasang impian nak deco sendiri rumah baru kitorang. Kitorang sepakat untuk jadikan rumah tu berkonsepkan hipster atau old school.
Jadi, benda utama yang ada dalam list kitorang adalah nak tukarkan lantai jubin seluruh rumah kepada lantai jenis vinyl. Walaupun ramai yang kata untuk masuk rumah baru tak perlu nak bazirkan duit kat situ sebab lantai sedia ada memang dah cukup cantik tapi sebab kitorang nak suasana hipster kat dalam rumah tu, jadi lantai adalah faktor terbesar yang mempengaruhi konsep ni. Cuba tengok contoh macam kat bawah ni. Lantai tu memainkan peranan penting.
Mulanya aku dah kira kos untuk pasang lantai jenis vinyl untuk seluruh rumah memerlukan sekurang-kurangnya RM4,200 termasuk upah pekerja. Tapi budget agak terhad, jadi kitorang decide untuk pasang sendiri kepingan vinyl.
Selepas puas aku survey dan buat perbandingan harga, akhirnya aku pilih produk dari Nii Floor. Aku beli direct dari gudang dan diorang ni memang specialist untuk vinyl floor. Kat hujung entry ni nanti aku share dengan korang kos dan juga detail-detail lain yang korang perlu tahu.

Tutorial Pasang Kepingan Vinyl

Perkara pertama adalah menyediakan peralatan yang diperlukan. Banyak alatan yang diperlukan ni ada dijual kat kedai eco RM2.

  • Pembaris siku L. Untuk tujuan potong kepingan vinyl.
  • Pisau yang boleh dipatahkan matanya. Pisau kena sentiasa tajam di hujung matanya sebab nak gunakan untuk potong vinyl.
  • Scrapper. Tujuannya untuk ratakan permukaan gam di lantai.
  • Simen putih. Digunakan untuk isi celahan tiles atau lubang yang terdapat di lantai.
  • Dulang / bekas untuk bancuh simen putih.
  • Pensil. Digunakan untuk tandakan ukuran vinyl yang hendak dipotong.
  • Tukul getah. Tujuannya untuk ketuk vinyl yang dah dipasang supaya rapat ke lantai dengan kemas.




Pertama, korang kena pastikan permukaan lantai adalah rata. Jadi di mana ada rongga, lubang atau lurah perlu diisikan dengan simen putih. Macam lantai aku ni, disebabkan pemasangan jubin lantai ni ada gap yang agak besar, aku perlu isikan ruang tersebut dengan simen putih.





Kedua, susun kepingan lantai vinyl bermula dari hujung. Susunan kepingan vinyl adalah seperti susunan tangga. Bukan macam susunan bata. Korang refer gambar bawah ni.

Ketiga, dah selesai susun dan potong. Korang bukak balik ikut turutan dan susun ditepi dengan teratur. Kemudian sapu permukaan lantai dengan gam khas yang dibeli. Tapi sebelum tu pastikan permukaan lantai bebas dari debu.





Gam biasanya ada dijual bersama dengan lantai vinyl. Ada juga kepingan vinyl yang dijual tak perlukan gam sebab diorang dah letak sticker kat bahagian belakang. Aku tak syorkan korang beli yang sticker sebab daya ketahanan dia tak lama macam gunakan gam. Tapi pemasangan vinyl yang ada sticker lebih mudah dan cepat.
Kemudian, tunggu lapisan gam kering then baru letak kepingan vinyl. Tempoh masa untuk kering dalam 20 hingga 30 minit. Gam tak perlu letak tebal sangat, kang tunggu sejam pun tak kering-kering. Macam mana nak tahu gam dah kering belum? Gam akan bertukar menjadi warna jernih apabila sudah kering.




Langkah terakhir adalah susun kepingan vinyl rapat-rapat dan kemas. Yang ni kena lebih teliti sebab tak boleh ada gap antara kepingan vinyl tu. Mesti susun dengan sangat rapat dan bersambung. Korang boleh tengok video tutorial yang aku buat kat bawah ni. Jangan lupa subscribe channel youtube aku sekali tau. Hehehe…




Sebenarnya tak susah pun nak pasang lantai vinyl ni kalau ruang korang tu memang petak kosong jer. Tapi kalau ada tiang atau sudut yang perlu dipotong, itu yang buat jadi leceh.
Untuk potong kepingan vinyl ni tak susah pun sebenarnya. Gunakan pembaris dan pisau kemudian goreskan beberapa kali. Lepas tu kepak jer.
Ni adalah hasilnya yang aku dah buat bersama Miss Permaisuri. Baru siap untuk 3 bilik, tinggal ruang tamu, ruang makan dan dapur jer belum siap lagi. Excited aku nak siapkan semua cepat tapi kena tunggu hari cuti baru dapat siapkan.




Total kos untuk ketiga-tiga bilik ni adalah RM1,000. Baki untuk ruangan lain aku anggarkan dalam RM1,000 juga. Total RM2,000 untuk keseluruhan rumah bersaiz 950sqf. Cuma bilik air jer la yang takde vinyl.
Korang yang nak beli vinyl floor aku cadangkan pergi beli direct kat gudang Nii Floor di Puchong. Harga yang aku beli adalah RM2.60/sekaki persegi untuk vinyl setebal 3mm. Diorang jual sekotak RM93.60. Sekotak tu boleh cover seluas 36 kaki persegi. So, gunakan ilmu matematik korang untuk buat anggaran sendiri yer. Yang penting kena tahu dulu berapa keluasan ruang yang korang nak cover dengan vinyl floor.
Cash and carry tau. Kalau nak suruh diorang hantar nanti kos lagi. Setakat 10 kotak boleh jer muat dalam kereta.
Oh yaa… jangan lupa kira juga harga gam RM80 untuk 5kg. Gam ni boleh cover sehingga 300 kaki persegi.




Pesanan aku, kalau nak beli kepingan vinyl ni aku syorkan korang ambik yang ketebalan 3mm. Ni ketebalan yang paling ngam dan paling banyak orang pilih.
Apa kelebihan vinyl floor yang buatkan aku beriye sangat nak pasang lantai jenis ni sedangkan lantai sedia ada masih lagi elok. Macam aku kata tadi, perkara utama adalah disebabkan kami nak memenuhi kehendak konsep rumah. Selain dari tu ada banyak lagi kelebihan vinyl floor antaranya :
  • Kalis air. Tidak rosak apabila terkena air.
  • Tidak dimakan anai-anai. Korang nampak macam kayu kan tapi material sebenarnya adalah campuran getah.
  • Mudah dicuci.
  • Warna tidak pudar
  • Tidak licin
  • Selamat untuk kanak-kanak apabila jatuh.
  • Selesa dipijak

Comments