8) JOM KITA MASAK
Siapa yang tidak suka dengan menu ikan siakap 3 rasa kan? Kami percaya rata-rata masyarakat kita sangat menggemari menu istimewa ini. Nampak warna merah lebih kurang dengan masakan merah/pedas namun apa yang menambahkan kelainan adalah menu ini ditambah dengan campuran sos dan diletak nenas serta beberapa jenis sayuran untuk menambah kesedapannya.
Masakan tiga rasa sangat lazat apabila dihidangkan dengan nasi panas. Lagi-lagi jika ditambah Tom Yam Kung dan telur dadar. Pasti akan menambah lagi sepinggan nasi. Rasanya cukup sempurna dengan rasa manis, masin dan masam yang sangat membangkitkan selera.
Masakan tiga rasa ini juga ada banyak versi. Ada versi Thailand, versi pedas, versi simple, versi malas dan pelbagai macam versi lagi. Hihi Jadi, boleh try and error untuk mendapatkan rasa yang paling sedap buat selera anda sekeluarga. Maklumlah lidah kita semuanya berbeza merasa. Mungkin sesuatu masakan sedap bagi kita namun tidak bagi orang lain.
Bercakap pasal masakan tiga rasa, hari ini kami akan paparkan menu ikan siakap masak tiga rasa yang telah dikongsi oleh saudari Afy Al Habibi di facebook. Semoga anda mencuba resepi yang sangat sedap ini ya!
Ikan siakap yang dibelah ala fillet (lebih rangup dan sedap)
Bahan perapan ikan (ditumbuk):
– 2 hiris halia
– 3 ulas bawang putih
– 1/2 sudu kecil garam
Bahan lain untuk ikan:
¾ sb tepung jagung
Bahan kuah 3 rasa (dipotong):
– 1/2 biji bawang merah- dadu
– 1/2 biji bawang Holland- dadu
– 2 ulas bawang putih – dadu
– 2 helai daun limau purut
– 2 hiris halia- hiris memanjang
– 3 tangkai cili padi merah
– 1 tangkai cili besar hijau
– 1 batang serai- hiris serong
– 1 hiris nanas- hiris dadu
Bahan kuah 3 rasa (dikisar):
– 1/2 biji bawang merah
– 1/4 biji bawang Holland
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 sudu kecil ketumbar& jintan putih
– 2 hiris nipis serai
– 1/4 hiris nipis halia
Bahan lain untuk kuah 3 rasa:
-1 ½ senduk cili kering kisar
– 1 senduk cili sos Life
– 1 sb sos tiram
– ¾ gelas air asam jawa (secubit asam jawa + 3/4 gelas air)
– 1 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar perencah Hilal
Cara Penyediaan:
1. Perapkan ikan siakap dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang setengah jam
2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan menjadikan isinya lebih rangup.
3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak
4. Setelah garing di kedua-dua belah, angkat dan toskan. Letak tepi.
5. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan siakap tadi untuk menumis. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.
6. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life, 1 sudu besar sos tiram
9. Masukkan air asam jawa dan kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
11. Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.
12. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng tadi.
Akhir sekali, hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis. kemudian kita hidangkan dan bacalah Bismillah dan doa sebelum makan..
Selamat Mencuba!!...
terima kasih
Cara Penyediaan:
1. Perapkan ikan siakap dengan bahan-bahan perapan selama lebih kurang setengah jam
2. Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu besar tepung jagung di depan dan belakang ikan untuk elak ikan melekat dan menjadikan isinya lebih rangup.
3. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak
4. Setelah garing di kedua-dua belah, angkat dan toskan. Letak tepi.
5. Gunakan sedikit minyak gorengan ikan siakap tadi untuk menumis. Masukkan semua bahan yang dipotong kecuali cili dan nenas.
6. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
7. Masukkan pula 1 1/2 senduk cili kering kisar. Tutup kuali dengan penutup seketika. Biarkan ia pecah minyak.
8. Tambahkan 1 senduk cili sos Life, 1 sudu besar sos tiram
9. Masukkan air asam jawa dan kacau sekata dengan api sederhana perlahan.
10. Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal. Segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
11. Akhirnya masukkan potongan nenas sebelum ditutup api. Masukkan juga sedikit cili potong tadi.
12. Siap! Sedia untuk dicurahkan kuah ini ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng tadi.
13. Hiaskan dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis.
Selain resepi ini, terdapat banyak lagi resepi-resepi lain yang best! Dijemput untuk menjengah kesemua resepi kami dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!
Comments
Post a Comment