7) BAM BAM GAJAH HEBAT
HUJUNG MINGGU KALAU ADA YANG TAK TAHU NAK BAWA ANAK-ANAK
JALAN-JALAN KE MANA, BOLEHLAH DATANG KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA
GANDAH, LANCHANG, PAHANG.
Ia adalah salah satu destinasi yang aku suka kunjungi
kalau balik ke kampung halaman atok di Bentong, Pahang. Lagipun aku suka tengok
gelagat Marissa, Emir dan yang si kecik Umar yang bongsu tu. Konon-konon takut
gajah, tapi kalau tak pegang tangannya habis satu kawasan tu diterjahnya.
‘Mengah’ nak mengejarnya sebab tempat ni luas. Bagi yang sudah berkeluarga, ada
anak-anak, pasti syok!
Kalau korang nak tahu, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan
Kuala Gandah ini menempatkan beberapa ekor gajah yang telah dilatih dan
digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang
bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pusat ini juga turut memelihara anak-anak gajah yang
ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka. Bagi memastikan ianya terus hidup,
maka anak-anak gajah ini dibawa ke pusat ini untuk dirawat dan dipelihara.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA!
Bagi aku, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
adalah lokasi yang cukup menarik dan korang boleh letak dalam senarai, salah
satu destinasi percutian bersama keluarga.Tak kenal, maka tak cinta! Walaupun
mungkin ada yang beranggapan, eh… tengok gajah jer kot! Apalah yang
seronoknya…?
Issh… adalah! Kita boleh tambah ilmu pengetahuan dan
pengalaman bersama ahli keluarga. Minda kita pun akan jadi lebih terbuka. Secara
tak langsung kita dapat membantu anak-anak kita untuk berfikir di luar kotak!
Kat situ, ianya bukan
sahaja dapat memberikan kita pendedahan yang luas tentang kehidupan gajah.
Apa yang buat aku dan keluarga suka datang ke Pusat Konservasi Gajah
Kebangsaan Kuala Gandah, tempat ni turut menggabungkan pemandangan alam
semulajadi.
|
Aku memang suka dengan suasana yang dikelilingi tumbuhan
hijau.Rasa nyaman, tenang dan damai. Tu sebablah aku suka balik kampung.
Sikit-sikit, hujung minggu kalau tak ada kerja nak balik kampung. Tak balik
merajuk… nangis! Hahhahaa….
MACAM MANA NAK PERGI?
Kalau korang dah biasa melalui Lebuhraya Pantai Timur
(Kuala Lumpur-Kuantan Highway), tentu tak ada masalah. Nanti bila nampak
signboard Lanchang, exit la ke Lanchang.
Perjalanan seterusnya adalah dalam 20 minit untuk sampai
ke Elephant Sanctuary- Kuala Gandah. Senang nak cari sebab ada signboard. Tapi
kalau rasa susah sangat, pakai aplikasi Google Map atau Waze ok.
Confirm sampai!
Cuma aku nak pesan sikit, kalau bawak kereta atau
motorsikal tu janganlah laju-laju sangat. Biasalah kawasan kampung, jalan
rayanya sempit dan tak berapa molek sangat.Kadang-kadang orang-orang kampung
koi yang bawak motorsikal ni pun boleh tahan jugak memecutnya! Haaahaha…
kampung dema sendiri lah katakan!!
Apa-apa sila daftar dulu ya..
|
Bila dah sampai, jangan terpinga-pinga pula tau.
Sebaiknya terus ke lobi utama untuk mendaftar dan dan menandatangani surat
pelepasan tanggung jawab bagi mendapatkan tiket masuk.
Memang tiada bayaran yang dikenakan.Tapi kita
dialu-alukan untuk memberikan sumbangan peribadi seikhlas hati bagi kemajuan
tempat ini. Terpulanglah pada kita sendiri, sama ada hendak memberi ataupun
tidak.
Lagi satu, nak pesan jika kita pergi beramai-ramai, boleh
sahaja untuk menghantar seorang wakil dengan senarai penuh nama-nama ahli
keluarga yang lain. Tak payahlah menderu semua sekali ke tempat pendaftaran tu.
Huhuu…huu…Selepas mendaftar tu, kita akan diberikan sticker atau pelekat.
Tampal lah kat lengan baju kita.
WAKTU BEROPERASI:
Sebenarnya bukanlah banyak sangat aktiviti yang boleh
kita lakukan di sini. Kalau sampai sebelah petang pun ok, lepas Zohor. Cuma
kalau nak tengok Tayangan Video – sejarah dan dokumentari tentang
proses pemindahan semula gajah liar tu kenalah datang awal sikit (sebelum jam
1.30 petang).
Pusat ini juga dibuka pada setiap hari, dari jam 9 pagi
hingga 5 petang.
ANTARA AKTIVITI MENARIK :
Kalau nak tambah pengetahuan atau maklumat tentang
kehidupan gajah, bagaimana gajah diselamatkan dari kawasan bahaya ke habitat
baru yang lebih selamat. Korang bolehlah tengok tayangan
video (sekitar 30 minit) yang dibuat di auditorium khas.
BERI MAKAN GAJAH
Kita berpeluang bergambar dan memberi makanan kepada
gajah sewaktu ‘lunch hour’ nya. Tapi bukan kita suka-suka boleh bagi makan
macam tu jer ya. Makanan yang tersedia ataupun terjual di sana sahaja boleh
kita bagi gajah makan demi menjaga tahap kesihatan gajah.
TENGOK PERTUNJUKAN GAJAH
Bolehlah kita ramai-ramai tengok gelagat dan aksi gajah
dewasa bersama penjaganya.Di samping itu diselitkan juga penerangan mengenai
gajah dan sejarahnya.
MEMANDIKAN GAJAH BERSAMA PENJAGA
Selalunya saat yang paling ditunggu-tunggu oleh ramai
pengunjung. Jika enggan turut serta dalam aktiviti mandi bersama anak-anak
gajah, boleh sahaja tengok gajah-gajah ini mandi bersama penjaga mereka di
situ.
Tapi kalau hari hujan lebat atau keadaan paras airnya
tidak sesuai, aktiviti mandi bersama anak-anak gajah untuk para pengunjung
dibatalkan.
Aku nak bagi tahu juga, kat sini tidak menyediakan
aktiviti tunggangan gajah hiburan. Baguslah kan… kita kena lebih peduli dan ada
rasa kasih sayang terhadap haiwan-haiwan ini. Jangan nak fikir seronok nak
tengok atau seronok dapat menunggangnya sahaja. Fikirkan juga hak kebebasan
gajah serta kesihatan fizikal dan mentalnya apabila dikerah untuk mengangkut
orang sepanjang hari dengan bebanan yang berat! Kasihan kan…
Okaylah dan banyak sangat aku bercerita ni. Kalau korang
ada kelapangan, datanglah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan atau Elephant
Sanctuary- Kuala Gandah ini. Selamat meneroka keunikan tempat ini.
MANDI BERSAMA GAJAH..
Ya!!.. Kat sini juga kita diberi peluang untuk sama-sama untuk mandi dengan anak gajah... Bila aku bagitau pada anak-anak aku nak mandi sama gajah, melompat-lompat anak aku excited nak join.. Sebenarnya aku dgn wife aku yang paling excited.. HAHAHAHAHA..
Kat sini juga korang boleh bawa anak join skali merasa kesoronokannya.
Kalau korang nak joint aktiviti ini korang diwajibkan
menggunkan perkhidmatan pemandu pelancong. Kadar bayaran yang dikenakan adalah
RM50 untuk khidmat pemandu pelancong dan sebanyak RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00
untu kanak-kanak. Terhad kepada 100 orang sahaja dan kita perlu daftar awal ya. Untuk menempah pemandu pelancong ni, korang boleh menempah semasa korang mendaftar di kuanter pendaftaran.
Dalam ni aku sharekan sekali video yang aku sekeluarga mandi dengan anak gajah tu... best oooo.. dah la lama tak mandi sungai... hehehe..
Comments
Post a Comment